Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Isnin, 16 Mac 2009

Rokok BERKOKOK



Satu petang ahad 15/3/2009 seusai solat asar berjemaah, aku mencium tangan dan bersalaman dengan suami aku. aku masih di tikar sembahyang manakala suami aku dah berpindah duduk di hujung katil sambil memandang aku.... aku pun memandang dia sambil mengangkatkan sedikit kepala ke atas menunjukkan isyarat bertanya mengapa. "JOm..." katanya. "ke mana?" aku bertanya. Malasnya aku dah petang-petang weekend ni nak berjalan-jalan. Sebabnya kami baru saja balik dari Shah Alam tengahari tadi pergi check up kandungan aku ni. Alhamdulillah baby sihat...

"Giant...." katanya. "lah.. buat apa pulak, nak beli lauk mentah ke?" aku bertanya sebab sememangnya stok bhn mentah dah pun habis memandangkan kami baru saja menerima tetamu semalam. jadi kalau nak memasak sememangnya takde apa2 dah utk dimasak.

"Abang nak beli barang sikit la..." kata suami aku sambil terkebil2. aku makin bingung. tak pernah pulak suami aku ajak keluar petang2 menjelang maghrib semata2 nak pergi ke Giant yang lebih kurang 40 minit jugak la dari rumah aku. aku buat muka pelik. "barang apa?" kata aku....

"Abang nak beli ubat berhenti merokok..." HAH!!!!!! aku terkejut beruk... terus je setuju.. "Jom!!!!

Ya Allah terbuka juga hati suami aku. i gave him a big hug tanda tahniah sebab ada kesungguhan dari dia sendiri.

Dah lama dah aku minta tolong pada suami aku. mintak tolong berenti merokok. Antara sebab :

1) aku memang sesak nafas kalau dengan asap rokok ni... paling aku sakit hati kalau aku tengah makan tetiba ada je bau rokok. ni selalu berlaku bila makan kat kedai. tapi kat rumah mmg suami aku dah tau tempat dia nak merokok sorok2 dari aku. kalau tak kat luar rumah kat toilet dapur. kalau aku berbau asap, mulut aku dengan automatik akan cakap " busuk... busuk...busuk..." banyak-banyak kali atau menjerit "siapa yang buat pembakaran terbuka ni haaaa!!!!???" cuma sejak aku mengandung ni bau asap tu mmg banyak berkurang dah menusuk ke dalam lubang hidung aKu ni...

2) Pada aku merokok ni seumpama bagi makan pada jin (jgn marah ye pada mereka2 yang kaki rokok. ini pendapat saya ek. tapi ini fakta). jin kan suka asap. lagi satu lah... rokok ni kan Israel tokehnya. Cukup-cukup la tu mengenyangkan mereka. duit tu serba sebanyak mereka dah bagi bantuan pada org palestin. bagi bantuan untuk cepat mati....

Jadi itulah, sekurang-kurangnya ada jugak jawapan untuk dijawab di depan Allah kalau di tanya apa bantuan kita pada saudara semuslim. Macam cerita burung yang bantu Nabi Ibrahim a.s dari kena bakar. Sekurang-kurangnya dia dah cuba guna paruhnya yang kecil untuk padamkan api yang marak menyala tu bila burung-burung lain memperlekehkan dia.

*** aku berdoa moga suami aku ditetapkan iman dan tahan dari godaan rokok dan melawan dari godaan syaitan yang menyesatkan... ameen