Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ahad, 26 Disember 2010

2 AAAAAAA....????

SITUASI 1:

MAKCIK 'TOOOT': AKAK NAK BAYAR ZAKAT LA DIK....

AKU                        : YE PUAN, BOLEH SAYA MINTAK NO IC?

MAKCIK 'TOOT'   : 490607-XX-XXX

AKU                       : DALAM HATI, "HUH, LAGI TUA DARI MAK AKU. SEBAYA ARWAH AYAH AKU. NI AKU YANG NAMPAK TUA KE ATAU DIA YANG PERASAN MUDA????"



SITUASI 2:

BUDAK2 MUDA (MUNGKIN 17-20 TAHUN) TENGAH MENYANDAR KAT KERETA AKU. AKU KE KERETA NAK AMIK SESUATU YANG TERTINGGAL DALAM KERETA.

BUDAK MUDA: OI KORANG, TEPI LA. TU KERETA MAKCIK TU LA.

AKU                 : MEMBEBEL SORANG2, "MAKCIK!!!!!!!?????? YA ALLAH, TUA BENO KE GHUPE AKU NI?" NAK JE AKU TANYA KAT BEBUDAK NI DARI HATI KE HATI, "DIK, BOLEH TAU TAK, SILA BAGI JAWAPAN IKHLAS YE... RASA2 LA KAN UMUR MAKCIK NI BRP?" TAPI TAK TERUCAP OLEHKU..... 

SITUASI 3:

SUATU HARI DI PASAR MALAM, AKU BELI BURGER KAT BUDAK NI... SAMBIL MENGHULUR DUIT DAN NAK BLAH....

ADIK LINGKUNGAN UMUR 20an: TERIMA KASIH MAKCIK...

AKU                                                  : TERKEDU.... (TAK JWB SAMA2 PUN) SAMBIL MENCARI2 KUT2 ADA "MAKCIK" SEBENAR BERADA DI SEBELAH... KOMPEM TAKDE. JADI UCAPAN TU MMG UNTUK AKU...



Cukupla rasanya 3 situasi ni aku cerita dari situasi2 yang ada...

ARRRRRRRGGGGGGGHHHHHHHH......
TENSION OVERLOADED!!!!!!!!!

Nak jumpa doktor pakar kejelitaan la lepas ni.....
nak kene amik supplement.....
nak kene wat tahajud (ooopppsssss niat kene betul, bukan niat nak awet muda je ek)
nak kene make-over..... 

p/s: Apa yang terzahir, mungkin itu la yang tersurat..... astaghfirullahalazim.... (sebab tak rajin baca al-quran pun ye kut, muka jadi tak berseri.. padan muka)

Selasa, 14 Disember 2010

KALAU DULU.... ( '__' )

Kalau dulu.... telefon rumah (talian tetap) jadi penghubung... skrg tak main dah... Handphone lagi mudah... (jenuh telekom wat iklan turun rate guna talian tetap)

kalau dulu..... kad raya jadi pengerat silaturrahim... skrg tak main dah.... SMS je la beb... (kad raya dah tak laku)

kalau dulu.... kad jemputan kahwin diserah.... skrg tak main dah... FB je nak jemput kengkawan pejabat & sekolah... (habis la printing company kad kawin lepas ni takleh cari makan, dah jadi mcm kad raya punya kes)

kalau dulu.... nak beli sayur kat market atau kedai-kedai runcit je.... skrg lagi mudah... petik je depan rumah... (saranan kerajaan Barang Naik)...

kalau dulu....nak bayar zakat kene gi jumpa amil.... skrg lagi mudah.... SMS je pun dah sah...

pendek kata semua mudah la.... sampai semua orang pun dah amik mudah....

akhirnya hubungan masyarakat makin jadi renggang....

jiran pun tak kenal jiran.....

sedara mara pun tak kenal sedara....

yelah... semua dah ada depan mata....

esok2 semua pakat duk dlm rumah je....

kadar tekanan makin memuncak...

ye lah... hidup tak variety....


nak beli brg guna internet, nak order pakai sms je...

nak keje pun gitu... huh jimat kos minyak... best apa....

mcm2 impak baik buruknya....

tak lama lagi kita tgk la apa kesudahannya....

huh.... akhir zaman.....

Isnin, 13 Disember 2010

aku menyampah ya amat!!!

Aku cukup MENYAMPAH...!!!

hari-hari aku ambil suratkhabar kat kedai india depan ofis aku ni....

hujung bulan je bayar...

bukan aku menyampah kat tokeh dia...

bukan kat pembantu kedai dia....

Tiap2 hari aku amik newspaper, dan setiap kali tu la entah macam2 berita yang pelik2 keluar....

Tajuk suratkhabar KOSMO hari ni

DI surau di Kampung Lanjut Manis, Kuala Pilah inilah Mohd. Nazimi ditemui selepas ditinggalkan bersendirian oleh bapanya Jumaat lalu.


Ni baru 1 cerita... mcm2 lagi la kat dalamnya ....
 
Sumbat mayat dalam beg lepas kerat enam. kalau kat luar negera plak Lelaki Gremlin dipenjara kerana rogol
 
 
haah, ada mcm gremlin (lord of the ring) sikit2.. patut la dapat gelaran tu.... bukan pintanya

ei la mcm2 lagi... tu belum lagi cerita yang rogol anak sendiri, buang bayi, bunuh mak, bunuh bapak, bla...bla...bla...bal... bala........
 
dunia skrg ni mmg akhir zaman.... tangan2 manusia yang jugak buat kerosakan...  anak yang tak berdosa jadi mangsa ibu dengan ayah sendiri... apa salah budak kecik umur 4 tahun tu... dah ditoreh si abang, gi tinggalkan plak naka umur sebaya anak aku (1 tahun) sensorang kat surau... APA MOTIF??? APA MATLAMAT DIA BUAT CAMTU??? aduh la.... kurang ajaran.... sakit hati aku... tak sanggup tgk budak setahun tengah terketek2 berjalan di tinggal sorang2. Bayangkanlah baby yang masih hidup plak. CE KORANG BAYANGKAN KORANG JADI BABY TU!!!!! ei emosi ni emosi... sakit hati... mana la pegi pedoman hidup.
 
Ya Allah jauhilah keluarga zuriat keturunanku dari membuat kerosakan di muka bumi ini.... Moga menjadi hambamu yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat.... tambahkan lah kepada kami ilmu yang bermanfaat... Jadilah kami orang-orang yang peka, bukan terdiri dari orang-orang yang leka.. Ya Allah, perkenankanlah....


Jumaat, 10 Disember 2010

Ahmad Shuraim Abqori Terrrrluka!!! hah!!!`

Troooot... trooot... (bunyi HP, ye ke pun bunyi HP aku camtu, klasik sungguh)...

aku: assalamualaikum... nape mak?

mak: wlkmsalam...tadiiiiii...... budak2 depan ni dtg rumah... memanjat tingkap... tengah mak nak larang deme memanjat, terus pecah tingkap.... kene si Ahmad (cemas bunyinye)

aku: hah!!!! aduhla... ish la... abis tu ahmad ok tak? byk lukanya? kene kat mana? bla... bla...bla...

mak: mak dah sapu minyak dah. nampak ok je la ni ha... tadi meraung la kejap... nak bawak klinik ke? mak risau kut ada serpih kaca tu masuk

aku: anis takleh nak keluar ni... sorang je kat ofis... balik kang tgk mcm mana ek... kalu dia ok takpela. (dlm hati risau gak)

mak: ha takpelah kalu camtu...

Ni la yang nak sgt dibagitau.... kalau anak aku wat hal esok kat rumah org, takde bagi can la... siap aku heret sekali ke rumah org yang dia wat hal tuh...(tapi nauzubillah, anak ibu baik kan) ni tidak, senyap je mak bapak dia... mesti adik beradik dia yg kecik2 tu ngadu punya yg abg diorg dah wat tingkap org pecah...at least ganti la balik tingkap yg pecah tu kalau tak dpt ganti darah anak aku (huiyoh ayat).... emmmm masalah masyarakat sungguh.

p/s: jadi husnudzhon je la... bahawa mak bapak budak2 tu tak tau yg anak dia buat hal kat rumah org....

Selasa, 7 Disember 2010

Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah!!!

Bismillahirrahmanirrohim...

Baru je rasa macam lepas pantang...
baru je rasa macam dapat pegang baby kecik...
baru je rasa mcm masih lagi umur 20an...
baru je rasa macam aku duduk berasingan dengan suami...
baru je rasa macam tgk anak ku bertatih, tapi skrg dah berlari
baru je rasa macam-macam...
macam-macam la rasa baru rasa...

tapi hakikatnya dah setahun... Sekarang setahun pada aku bukan lah tempoh waktu yang lama
macam-macam boleh terjadi...
macam-macam Allah nak uji...
macam-macam dosa yang dah dibuat samada sengaja atau tidak...
macam-macam kebajikan yang dah dibuat samada berniat ataupun tidak...

Apa yang aku dah buat sepanjang tahun lepas... sendiri kene muhasabah...
sendiri kene INGAT...
lu pikir la sendiri....
banyak DOSA atau PAHALA...
Banyak AMAL atau SIA-SIA ...
Umur dah nak menjangkau lagi...
KUBUR makin dekat...
yakin ke diri tu hidup lama lagi...
Tapi kene INGAT...
bekerja lah seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi...
Beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok hari...
payah sungguh nak lekat kat kepala ayat tu...
SENTIASA KENE INGAT...
apa yang kau buat....
Semua Allah lihat....

Doa dari hambamu Ya Allah
Doa ini dibaca 3 kali selepas Asar


Doa ini dibaca 3 kali selepas Maghrib
 
Azam tahun baru:
1) Khatam Al-quran (dah bertahun2 tak buat)
2) Solat sunat Dhuha tak boleh tinggal
3) Tak mahu cari salah orang lain. Salah sendiri kene tengok dulu
 
tak payah la byk2 azam, kalau rasa diri tu tak mampu... janji anda istiqomah.... diselangi dengan amal kebajikan yang lain... Moga kita semua menjadi hamba Allah yang Soleh dan Solehah di DUNIA & AKHIRAT. Itulah harapan yang paling besar untuk diriku sendiri dan buat kita semua...
MOGA SEMUA YANG DIBUAT, MENDAPAT REDHA ALLAH...
Abang my hubby... I will always LuV u here n hereafter...
Mak.. sayang mak dunia akhirat..
Ahmad Shuraim Abqori... buah hati ibu, anak soleh ibu dunia akhirat....
Seluruh Kaum Keluargaku... always be my strength... luv u ALL...
Kawan-kawanku dunia dan akhirat... moga aku banyak mendapat teguran dan pengajaran dari semua...  
 
SELAMAT TAHUN BARU ISLAM BUAT SEMUA !!!
; )


Jumaat, 19 November 2010

Napela Asyik Sangat...

Hari tu aku pergi post office... boleh la tahan ramai orangnya. dah lama aku melangu menunggu giliran tetiba masuklah dua org couple ni... tak pasti la aku dh kawin ke blum. dalam hati aku "terer gak mamat ni, badan boleh 'tahan' pun dapat gak dia sorang awek..." awek dia pun kira gempal jugak la... besar sikit dari aku aku hehehe...



"Ting... Tong...." sampaila giliran sorang berpangkat pakcik ni... bangun la dia dan bini dia (pada agakan aku la)... tgk2 diorg ni golongan istimewa. kedua-duanya bukan berada di ketinggian manusia biasa... yang si suami agak senget sikit tulang belakangnya... tapi pada zahirnya aku nampak sangat kebahagiaan yang terpancar di muka diorang...

dah abis giliran pakcik tu maka dia nak keluar la, yang aku perhatikan bukan la pakcik dan makcik yang istimewa tu tapi aku duk perhati mamat tu tadi... beria dia tgk pakcik tu dari mula pakcik tu bangun sampaila pakcik tu keluar...

apa yang terdetik kat hati aku masa tu ialah, MANUSIA NI JARANG SEKALI MEMANDANG KELEMAHAN DIRI SENDIRI, TETAPI YANG SELALU DIA NAMPAK ADALAH KELEMAHAN ORANG LAIN. BEGITU JUGA DGN KESALAHAN DIRI SENDIRI BERBANDING KESALAHAN ORANG LAIN.

Yang demikian Saidina Ali r.a telah berkata daripada Rasulullah SAW: “Sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuhi dan celai terdapat di dalam diri engkau sendiri.”


Ingatlah bila satu jari tu kita tunjuk kat orang , tgk semula jari2 yang lain tu plak menunjuk ke mana?


p/s: hehehe, mcm tu la jugak aku duk perati badan mamat yg semangat tu tapi dpt gak dia awek... ni la dia hal org lain duk perasan, tapi tak perasan sebenarnya diri aku sendiri pun ada 'orang' yang duk perhatikan. Astaghfirullahalazim. kepada mamat tu jugak, aku mohon maaf. entah-entah mamat tu tgk pakcik tu sambil menginsafi diri sendiri... isk buruknya prasangka... aku nak jadi org baik-baik lah

Rabu, 10 November 2010

MALANG ITU TAKDE BAU...

Tadi aku didatangi seorang pelanggan dan ditemani oleh seorang ketua kampung. hamba Allah ni aku tgk sebelah tangannya mcm baru lepas accident. bukan accident biasa2, tapi accident yang pada zahirnya pun kita dah tau bahawa ianya telah mengubah hidup hamba Allah ni...

sebelah tangannya sudah hilang separuh. bukan sikit tapi atas dari siku... aku yang berjiwa fitrah ni seperti biasa sebak mendengar ceritanya.... bukan salah hamba Allah ni. tapi akibat kecuaian org lain, dia menjadi mangsa.


gambar hiasan

dia nak mohon bantuan perubatan. tapi silapnya semua bil telah dia jelaskan. LZS hanya membantu bagi bantuan perubatan yang masih belum dijelaskan sahaja. sekiranya sudah dijelaskan bermakna dia mampu membayar... Tapi bukan ni yang aku nak cerita. ada iktibar yang boleh kita ambil di sini.



keistimewaan untuk mereka yang istimewa

pada hamba Allah tersebut aku mohon dia bersabar dengan takdir yang Allah tentukan ini. Kalau aku menjadi dia, belum tentu aku sekuat dia. aku cuma "pandai menasihat' dalam erti kata lain memotivasikan org sahaja. tapi aku belum pasti dpt memotivasikan diri aku sendiri andai terjadi perkara mcm tu pada aku. pada hamba Allah tu, bersyukurlah kerana anda masih ada lagi tgn di sebelah kiri, yang dpt menggantikan kerja2 yang dahulunya tgn kanan yg buat, anda masih punya 2 kaki yang mampu berjalan dan beribadat. jika dibandingkan dengan org lain yang mungkin lagi tinggi ujian musibahnya.

kalau jadi mcm ni sape yang nak bayar pampasan. tunggu turun naik mahkamah pun nak guna duit. rawatan susulan juga nak gunakan duit...

jadi... ingatan untuk aku, keluarga aku, saudara maraku, sahabat handaiku juga sesiapa juga di luar sana, ambil lah perlindungan insurans takaful sebelum terlambat dan ambil lah peluang sebelum 5 datangnya 5... sekian

p/s: aku bukan agen takaful ye...    emm mcm mana nak pujuk suami aku mencarum pulak ni. tau tapi buat tak tau je

Rabu, 20 Oktober 2010

PASSPORT KU HILANG??


20.10.2010... Passport hilang plak.... aduhai... camne nak gi obersea ni.... harap2 jumpa la balik. akukah yang bersalah...? tak rasanya.. nak salah kat sape ni? APAKAH INI PETANDA DARI ALLAH? Mungkinkah Dia tak mau aku pergi bulan ni, pergi bulan depan? atau tak dapat pergi langsung? mungkinkah ada hikmah di sebalik kejadian?

Harap2 semuanya ok? Ya Allah andai kehilangannya ada kebaikan, maka hilangkanlah, tapi andai adanya dia baik untukku, jumpakanlah semula AMEEN...

Khamis, 15 Julai 2010

CatAkSeRukiN... Layak ke?

Bismillahirrahmanirrahim....

Sahabat2 seperjuangan sekalian...

Layak ke diri tu dipanggil bos kalau...BANYAK MENGULAR DARI BUAT KERJA?

Layak ke diri tu dipanggil bos kalau... TIDUR DI DEPAN KAUNTER? siap berdengkur dengan mulut ternganga

Layak ke diri tu dipanggil bos kalau... KERJA ANAK BUAH SELAMA NI TAK PERNAH DI AMBIL PORT? tapi bila org besar nak turun baru la nak berport port...

Layak ke diri tu dipanggil bos kalau... ANAK BUAH DI SURUH BERUBAH JADI PROAKTIF KONONNYA JADILAH MACAM DIA...    sedangkan dirinya pro pun tidak aktif apatah lagi...

Layak ke diri tu dipanggil bos kalau... DITINGGALKAN ANAK BUAH SORANG2 KAT OFIS tanpa memikirkan budak tu nak solat kang camne... kang tetiba customer datang... budak tu nak makan camne... tetiba plak customer dtg...... kata nak bagi perkhidmatan 5 bintang... 

Layak ke diri tu dipanggil bos kalau... SALAH ORANG LAIN SEMUA NAMPAK, SALAH SENDIRI TAK NAMPAK-NAMPAK?

Layak ke diri tu dipanggil bos kalau... CAKAP TAK SERUPA BIKIN?

Layak ke diri tu dipanggil bos kalau... CAKAP BERDEGAR2 DALAM KULIAH, TAPI CATAKSERUKIN...?

Tepuk dada tanya Iman... kalau rasa layak SILAKAN... kalau rasa TAK layak LU PIKIR SENDIRI LA BEB...

anak tak menjadi jgn salahkan org lain... korang rasa ada tak bos yang mcm ni hehehe. ha tu la korang tak tau....

p/s: peringatan untuk diriku jua. Allah menilai walaupun sebesar zarah...

Selasa, 22 Jun 2010

SAYA DAPAT CEO BARU : )

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah bermula detik dan ketika tanggal 21 Jun 2010 CEO Lembaga Zakat Selangor telah melaporkan diri untuk melaksanakan amanah ummah. Moga dengan pengalaman dan kewibawaan beliau di dalam bidang korporat dapat meningkat dan memperkasakan lagi keunggulan LZS sebagai institusi zakat Negeri Selangor. Tahniah di ucapkan kepada Tn Haji Mohamad Izam bin Mohamad Yusuf.



Kepada Pengurus Besar kami, didoakan semoga tempoh pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi dapat membantu dalam mengukuhkan lagi LZS serta kakitangan keseluruhannya. Semoga berjaya dalam menyelesaikan tugasan Phd beliau.  




p/s: moga permohonan aku pun dapat diluluskan cepat. letih dah nunggu. ameen... oh ye 1 lagi, moga bos baru dapat memperbaiki pemikiran2 org2 di LZS yang perlu dibaiki

Selasa, 23 Mac 2010

KEBINGUNGAN DALAM KEBENGANGAN


aku : assalamualaikum kak. akak sibuk ke?

akak: haah sibuk la dik.. kan tgh nak gaji ni...nape anis?

aku: takde saje nak tanya status permohonan pertukaran tu? mcm mana kak?

akak: emmm blom ada apa2 lagi la anis. ada la "diorang" bincang sikit hari tu pasal anis, tapi akak tak ingat la sape yang cakap gini "esok nak melayan pindah je la bila suami kene tukar lagi". lepas tu takde kata putusnya... ye la diorang kata masa anis nak tukar ke sepang dulu pun sebab suami pindah kan...

aku: (sebak) (mcm tu rupanya) habis tu camne ek.. kan sipolan baru resign, tempat dia sape ganti?

akak: HR akan buat  interview la. kita ikut je apa je yang diorang nak. kang takde orang kat situ kang marah plak

aku: kalau anis je yang amik tempat si polan, tak boleh ke?

akak: ko kene lobi boss ko dulu la sebaiknya.

anis: ooo mcm tu ke...ok la kak, terima kasih.

*** selain dari gaji, kebajikan staf, disiplin staf, apa tugas HR  lagi ye? SAPE2 TOLONG EXPLAIN KAT AKU...

SENARIO KINI  KEHIDUPAN SUAMI ISTERI

Dulu - suami keje isteri duk rumah
Skrg -  suami keje, isteri pun kene keje (sebab, tak berapa cukup duit nak hidup)

Dulu - suami isteri dan anak2 duduk serumah
Skrg - suami duk rumah lain, isteri ngan anak kat rumah lain

Dulu - nasib anak2 lebih terbela
Skrg - ikut cara mak bapak dia la nak didik diorang mcm mana

**entahla... aku rasa mcm nak jadi mcm dulu je semula. anak2 membesar depan mata. hidup pun lebih berjimat. eemmmm... brenti keje @ tidak!!!!???? Allah je tahu yang mana baik buruknya. Wallahua'lam**

Selasa, 23 Februari 2010

Apa Nak Jadi....!!!!! Melayuku.. Malaysiaku... Islam cara hidupku?




1. Tahap gejala sosial negara kita hari ini kian parah . Pergaulan bebas , penzinaan [ pelacuran ] , arak dan aneka maksiat tumbuh subur bagai cendawan selepas hujan .


2. Lebih malang apabila gejala sosial yang negatif ini bagai ada penaung dan pihak yang menyuburkannya dengan pelbagai aktiviti maksiat dan mungkar tanpa kawal .


3. Kelab malam , karaoke , pub , rumah urut dan pusat - pusat hiburan bercambah mengatasi bilangan masjid surau . Dalam satu qariah tentunya hanya dibenarkan sebuah masjid berasaskan mazhab Imam Syafie tetapi entah mazhab apa yang digunakan untuk memberi keizinan [ lesen ] kepada pengusaha pusat hiburan yang banyak dalam satu qariah . [ sebagai sample kes saya rujuk qariah Kuantan ]


4. Rancangan televisyen , filem dan internet tanpa kawal antara yang menyumbang secara aktif ke arah suburnya maksiat dan mungkar dalam negara kita . Inilah musibah besar yang sedang melanda negara kita malah mampu meruntuhkan sebuah peradaban kemanusiaan . manakan tidak , setelah mereka rangsang nafsu dan syahwah melalui aktiviti - aktiviti maksiat dan mungkar , disuburkan lagi dengan kemudahan untuk mendapat pil - pil khayal , arak dan dadah malah disediakan pula tempat mereka beroperasi secara selamat di dalam premis berlesen maka ...............


5. ...... berlakulah zina dan lahirlah anak luar nikah . Akhirnya manusia menjadi binatang yang kejam lalu membakar bayi yang tidak berdosa hidup - hidup , sebahagiannya dicampak menjadi makanan anjing liar . Mereka akhirnya menjadi penjenayah dan mangsa jenayah kejam mereka ialah anak mereka sendiri .


6. Semua pihak bertanggungjawab menangani perkara ini . Selamatkan negara dan selamatkan masyarakat kita dari terus menjadi mangsa maksiat dan mungkar yang keji ini . Pihak berwajib mesti segera mengambil langkah berkesan secara drastik dan tentunya antara pendekatan berkesan untuk mengatasi perkara ini ialah melalui pendekatan holistik .


7. Kerajaan mesti mempunyai agenda yang jelas dan serius untuk membasmi gejala zina , pergaulan bebas dan penagihan arak yang semakin ketara ini .a ] Perbanyakkan institusi pengajian agama dan wajibkan pelajar menyertainyab ] Hapuskan pusat - pusat hiburan yang hanya memusnahkan akhlak dan moralc ] Benteras aktiviti pelacuran secara serius dan bersungguh - sungguh .d ] Bimbingan kerjaya buat remaja dan belia .e ] Kempen perkahwinan digiatkan serta mudahkan proses berkahwin .f ] Beri bantuan kewangan dan khidmat kaunseling yang pasangan yang memerlukang ] Batalkan semua konsert hiburan yang melampauh ] Tapis semua rancangan televisyen dan filem dalam negarai ] Biayai masjid surau dan anjurkan program ilmu untuk masyarakat .j ] dan lain - lain yang positif dan boleh menyelamatkan masyarakat dari terus terjebak dalam perangkap nafsu dan syahwah yang membinasakan .


8. Sungguh hairan jika kerajaan gagal mengawal dan membendung aktiviti maksiat dan mungkar ini sedang kerajaan mempunyai segala keupayaan dan kemampuan untuk melakukannya . FRU boleh digunakan bertrak - trak untuk membatalkan majlis ceramah dan himpunan aman tetapi mereka seperti lumpuh tidak mempunyai anggota apabila berdepan dengan pelacuran dan maksiat yang lain .


9. Saya juga kesal melihat bagaimana wanita UMNO bertindak untuk menangani perkara ini . Mereka seperti berpura - pura dan bersikap acuh tak acuh dalam bertindak . Menangani kes buang bayi tidak terhendi setakat melancarkan kempen selamatkan bayi dan menawarkan Wanita UMNO sanggup menjadi ibu yang memelihara bayi - bayi tersebut tetapi mestilah dilihat malah dibenteras puncanya iaitu zina .


10. Samalah kes menangani penyakit Aids, saya tidak faham bagaimana mereka berfikir bahawa menangani penyakit aids ialah dengan menggalakkan penggunaan kondom .
Ertinya mereka dalam sedar atau tidak seperti bersetuju dengan zina cuma perlu menggunakan kondom. Dosa zina tidak menjadi kurang dengan pemakaian kondom sebagaimana dosa zina juga tidak terhapus semata - mata menyerahkan bayi yang dilahirkan kepada wanita umno untuk dipelihara .


Kalau nak bersihkan semak samun tebaslah dipangkalnya atau racunlah diperdunya bukan hanya menggunting dipucuknya .


Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


(dipetik dari Harakahdaily.net)