Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Jumaat, 19 November 2010

Napela Asyik Sangat...

Hari tu aku pergi post office... boleh la tahan ramai orangnya. dah lama aku melangu menunggu giliran tetiba masuklah dua org couple ni... tak pasti la aku dh kawin ke blum. dalam hati aku "terer gak mamat ni, badan boleh 'tahan' pun dapat gak dia sorang awek..." awek dia pun kira gempal jugak la... besar sikit dari aku aku hehehe...



"Ting... Tong...." sampaila giliran sorang berpangkat pakcik ni... bangun la dia dan bini dia (pada agakan aku la)... tgk2 diorg ni golongan istimewa. kedua-duanya bukan berada di ketinggian manusia biasa... yang si suami agak senget sikit tulang belakangnya... tapi pada zahirnya aku nampak sangat kebahagiaan yang terpancar di muka diorang...

dah abis giliran pakcik tu maka dia nak keluar la, yang aku perhatikan bukan la pakcik dan makcik yang istimewa tu tapi aku duk perhati mamat tu tadi... beria dia tgk pakcik tu dari mula pakcik tu bangun sampaila pakcik tu keluar...

apa yang terdetik kat hati aku masa tu ialah, MANUSIA NI JARANG SEKALI MEMANDANG KELEMAHAN DIRI SENDIRI, TETAPI YANG SELALU DIA NAMPAK ADALAH KELEMAHAN ORANG LAIN. BEGITU JUGA DGN KESALAHAN DIRI SENDIRI BERBANDING KESALAHAN ORANG LAIN.

Yang demikian Saidina Ali r.a telah berkata daripada Rasulullah SAW: “Sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuhi dan celai terdapat di dalam diri engkau sendiri.”


Ingatlah bila satu jari tu kita tunjuk kat orang , tgk semula jari2 yang lain tu plak menunjuk ke mana?


p/s: hehehe, mcm tu la jugak aku duk perati badan mamat yg semangat tu tapi dpt gak dia awek... ni la dia hal org lain duk perasan, tapi tak perasan sebenarnya diri aku sendiri pun ada 'orang' yang duk perhatikan. Astaghfirullahalazim. kepada mamat tu jugak, aku mohon maaf. entah-entah mamat tu tgk pakcik tu sambil menginsafi diri sendiri... isk buruknya prasangka... aku nak jadi org baik-baik lah

Tiada ulasan: