Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Rabu, 10 November 2010

MALANG ITU TAKDE BAU...

Tadi aku didatangi seorang pelanggan dan ditemani oleh seorang ketua kampung. hamba Allah ni aku tgk sebelah tangannya mcm baru lepas accident. bukan accident biasa2, tapi accident yang pada zahirnya pun kita dah tau bahawa ianya telah mengubah hidup hamba Allah ni...

sebelah tangannya sudah hilang separuh. bukan sikit tapi atas dari siku... aku yang berjiwa fitrah ni seperti biasa sebak mendengar ceritanya.... bukan salah hamba Allah ni. tapi akibat kecuaian org lain, dia menjadi mangsa.


gambar hiasan

dia nak mohon bantuan perubatan. tapi silapnya semua bil telah dia jelaskan. LZS hanya membantu bagi bantuan perubatan yang masih belum dijelaskan sahaja. sekiranya sudah dijelaskan bermakna dia mampu membayar... Tapi bukan ni yang aku nak cerita. ada iktibar yang boleh kita ambil di sini.



keistimewaan untuk mereka yang istimewa

pada hamba Allah tersebut aku mohon dia bersabar dengan takdir yang Allah tentukan ini. Kalau aku menjadi dia, belum tentu aku sekuat dia. aku cuma "pandai menasihat' dalam erti kata lain memotivasikan org sahaja. tapi aku belum pasti dpt memotivasikan diri aku sendiri andai terjadi perkara mcm tu pada aku. pada hamba Allah tu, bersyukurlah kerana anda masih ada lagi tgn di sebelah kiri, yang dpt menggantikan kerja2 yang dahulunya tgn kanan yg buat, anda masih punya 2 kaki yang mampu berjalan dan beribadat. jika dibandingkan dengan org lain yang mungkin lagi tinggi ujian musibahnya.

kalau jadi mcm ni sape yang nak bayar pampasan. tunggu turun naik mahkamah pun nak guna duit. rawatan susulan juga nak gunakan duit...

jadi... ingatan untuk aku, keluarga aku, saudara maraku, sahabat handaiku juga sesiapa juga di luar sana, ambil lah perlindungan insurans takaful sebelum terlambat dan ambil lah peluang sebelum 5 datangnya 5... sekian

p/s: aku bukan agen takaful ye...    emm mcm mana nak pujuk suami aku mencarum pulak ni. tau tapi buat tak tau je

Tiada ulasan: