Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khamis, 10 November 2011

cerai susu

Bismillahirrahmanirrahim,

Anak bertuah aku namanya Ahmad Shuraim Abqori bin Sahuri dah pun masuk 2 tahun 2 bulan sekarang ni.... masa puasa 2011 hari tu dia genap 2 tahun kalau ikut kalendar Hijrah sebab dia lahir 7 Ramadhan.

Dalam keadaan aku yang mcm ni, rasa dah tak larat nak menyusukan dia lagi. Memang sedang elok la tu dah masuk 2 tahun dan adik dlm rahim ibu ni pun makin membesar. ibu pulak sampai sekarang (msuk 6 bulan) masih lagi muntah2 walaupun tak seteruk masa trimester pertama. Adoila... tapi seharusnya bersyukur pada Allah. astaghfirullah... jgn duk mengeluh je..

Aku nak berkongsi cerita la pasal anak teruna aku yg sorang ni... masa percubaan menceraikan 'kawan' baik dia tu cukup la menguji... sebelum aku amik keputusan tu, ceritanya si budak bertuah ni setiap kali aku balik keje, 'kawan' dia tu la yg dia mintak dulu. penat wehhhh... dah la jauh aku drive balik keje. belum sempat lagi aku duduk dia dah minta nak jumpa 'kawan' dia tu. ayat dia "ibu! nak nek"... disebabkan anak maka kesiannye tu mmg lebih la kan... kalu korang pun tak sampai hati kalau tak bagi jumpa 'kawan' diorang tu kan.

suami aku bising suh aku letak la apa yg patut.

1st)       aku try buh asam jawa... mmg mula2 dia geli..."eiii... nek ibu tatam" : maksud dia 'kawan' dia tu masam. sape suh rasa. aku gelakkan je.. biorkan dia hahaha.... lepas sekali dua di siang hari tu mmg dia tak mau. tapi bila malam je asam jawa tu  luruh... dia peduli apa... mata dah pejam tapi mulut tetap nak melekat jugak.. adoila. setiap kali nak menyusu cpt2 aku mintak suami bancuhkan susu. Sebenarnya anak aku ni dari umur dia 3 bulan dah bercampur susu formula. aku tak larat nak mengepam. pemalas. bukan apa, sikit dptnya jadi aku jadi lemah semangat. jadi dua2 berjalan sama. Ahmad sangat suka melekap dengan aku dan mmg niat aku menyusukan dia sampai 2 tahun pun... dlm proses bercerai susu ni, setiap kali pergi jalan2 mmg aku dah sedia asam jawa dlm kereta. dia ni pantang, kalau ngantuk mula la dia mencari kawan dia tu. aku naik lenguh dah. kaki dah panjang. duk terjulur je atas riba aku. mula2 mmg dia tak mau la kalau ada asam jawa tu, pastu... ada aku kesah katanya... maka tak jalan jugak

2nd)      kopi plak jadi mangsa. dah naik surut stok kopi kat rumah tu.. ni aku dapat petua dari sepupu aku. sekali je dia tunjuk kat anak dia yang sebaya dgn ahmad pastu anak dia terus tak mau dah. ahmad? emm tetap tak jalan

3rd)      masa bersembang dgn kakak sedara aku pasal hal bercerai susu ni dia kata dia guna minyak cap kapak. masa tu anak dia dah masuk 3 tahun dah tapi still lagi bergayut. ha aku pun try la buat kali ke-3 kut mana tau berkesan. masa ku guna kaedah ni mmg mengamuk sakan je si ahmad shuraim abqori setiap malam. siang hari dia jadi mcm tak tentu hala. tidur tak lena. makan tak selera. maklumla nak bercerai dengan kawan baik dia. biasanya keaadaan mcm tu orang baru nak bercinta, tapi ni terjadi bila orang nak bercerai hehehe.... sian pulak aku tgk dia. malam je bila dia nak melekap, cpt2 aku dekatkan botol minyak cap kapak dengan dia. mengamuk dia marah. ada sekali tu mungkin termasuk jugak dlm mulut dia lagi la dia marah. sian pulak dia. tapi nak buat mcm mana. aku dah tak larat. aku pujuk n tepuk2 dia bagi tidur dan alhamdulillah sekejap je dia menangis lepas tu sambung tidur semula.

dan Alhamdulillah akhirnya percubaan dalam lebih 2 bulan melalui semua proses2 di atas akhirnya dia dah takmo dah dengan kawan dia tu.... setiap kali dia nak je aku tunjuk botol minyak cap kapak tu. dia akan cakap " mak mau".. maksudnya "tak mau" la tu. dia mmg tak suka bau myk cap kapak tu. dah pernah masuk mulut dia dah pun. pedas katanya. sian weh bukan tak sian... sedih pun ada. kene kuat semangat nih. tapi untuk dia bagi lena tidur terpaksa la dipujuk tidur dalam buaian. kalau tak selagi tu la dia tak mau tidur kerana selama ni dia akan lena kalau berjumpa dengan 'kawan' dia tu....

setiap kali nak dihenjut boyan, dia pasti bagi cadangan untuk dinyanyikan lagu "dinden.. dinden"... "bu! dinden....dinden"... aku geram gak sebab aku nak berselawat, bernasyid bagai, tapi takpelah, nyanyikan la dulu pastu silih berganti la dengan selawat bagai.

oh ye, mesti korang tertanya2 apa benda lagu "dinden dinden" tu.... dia suh aku, bapaknya atau opahnya nyanyi lagu twinkle twinkle little star.... dinden dinden tu maknanya twinkle twinkle...versi macam2 plak tu... versi kambing, kucing, lembu dan pelbagai lagi haiwan la. buatla suara kambing dengan rythm twinkle2 little star... jenuh2... ni semua pengaruh kartun timmy time la ni.

walaupun terpaksa bercampur susu tapi aku bersyukur dapat menyusukan ahmad shuraim sehingga 2 tahun. semoga anak ibu jadi anak yang soleh, taat kpd Allah, ibu dan bapak, jadi seorang yang bijak pandai dan beramal soleh, berjaya dunia akhirat ye anakku.... 

IBU SAYANG AHMAD....

Selasa, 18 Oktober 2011

KURSUS Sinergi Keluarga Bahagia....

Bismillahirahmanirrahim...

Dah lama tak update blog... hampir 4 bulan... jenguk tetap jenguk, tapi sekadar nak mendengar cerita terbaru dari blog2 yang aku selalu follow.... bukan jenguk untuk update blog sendiri.. : P


emmm.. semalam Alhamdulillah berakhir Sinergi Keluarga Bahagia yang pertama kali aku join selepas 4 tahun menempuh alam perkahwinan... masa anak dara dulu aku rajin juga pergi kursus2 yang ada kena mengena dgn diri ini untuk tambah mana2 ilmu yang perlu di amalkan. tapi setelah banyak komitmen mula la payah sikit nak berjinak2 balik dengan kursus2 ni. lain org lain caranya. ada org tak payah berkursus pun dia dah boleh manage hidup dia, ada org perlu ada input tambahan dan guideline baru dia rasa boleh nak manage hidup dia.... masing2 dari diri kita ni berbeza... mula2 aku rasa suami aku mmg susah nak join program ni, tapi aku bagi pilihan pada dia.. aku bayarkan segala kos dan dia tak perlu mohon cuti untuk hari sabtu. pergi hari ahad je. sekurang2nya dia tak rasa aku memaksa dan alhamdulillah dia setuju.. aku gembira sangat masa tu. berkorban sedikit demi untuk ilmu.

Ya Allah, moga apa yang kami dapat selama 2 hari semasa kursus tu dapat kami praktikkan dalam hidup berkeluarga dan sebagai hambamu dalam menempuh sisa2 perjalanan hidup ini... Mungkin ada yg cakap, "alah, mak kita dulu2 beranak 12 boleh je hidup bahagia. tak payah la nak berkursus-kursus pun"... pada aku mmg betul la apa yg dicakapkan tu dan ada juga salahnya. zaman dulu dengan skrg jauh berbeza... tak payah la aku nak ulas panjang-panjang apa perbezaannya... masing2 mesti dah maklum.... tersaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat la jauh bezanya. nak menempuh hidup akan dtg yg lebih mencabar dengan pelbagai pengaruh persekitaran dengan anak2 yang dah besar panjang dan lain2 lagi....

Dalam kursus pada slot pertama (slot pasangan) tu ada aku ajukan 2 soalan pada Ustaz Hasrizal. 1 soalan dia jawab terus, dan 1 lagi soalan dia jwb secara general shj sebab ramai kaum hawa yang tanya soalan kat dia lebih kurang sama je bunyinye... kebanyakannye kurang berpuas hati dengan si suami hehehe... suami takde perasaan la, suami tak hargai la dan mcm2 lagi la....

ok soalan aku yg pertama, "Bagaimana nak pupuk pemikiran positive apabila si suami agak berkira untuk membeli apa2 juga ganjaran @ hadiah pada si isteri tetapi sangatlah tidak berkira dengan anak-anak dalam pemberian hadiah @ apa juga bentuk ganjaran???"

jawapannya ustaz ialah: PERBANYAKKAN BERSYUKUR!!!

Ustaz cakap, cuba list kan apa yg kita ada dan apa yang kita hendak tapi tak dapat.... dia bagi contoh yang ringkas, seburuk2 suami aku, buruk lagi suami org lain.... hehehe. dia kisahkan lagi plak masa dia buat kursus untuk budak2 remaja satu ketika dulu, dia mintak senaraikan barang2 yang diorang nak tapi tak dapat dipenuhi oleh ibu bapa mereka. ada sorang budak tu nak kasut adidas. ustaz pun tanya kat org lain siapa yg ada kasut adidas? yang angkat tangan cuma mungkin 2-3 org je. ini bermakna budak2 lain yang mungkin seramai 50 orang lagi takde pun kasut adidas.

lepas tu senaraikan pulak apa yg kita dah ada dan bandingkan dengan orang  lain yang takde benda yang kita ada (ish korang paham tak ni, pandai2 la nak paham ek) jadi kita akan bersyukur sebab org lain tak dapat pun benda tu, tapi kita dah dapat.... 

itula yang aku dapat dari cerita ustaz.... dan banyak lagi la

slot bagi Tuan Fazrul lebih banyak menekankan PIES... apa tu?

Physical, Intelectual, Emotional, dan Spiritual

ni aku tak reti nak terangkan, sangat luas. tapi cuma nak kongsi satu cerita, ada sorang peserta bagi komen masa last session kursus tu. dia kata " saya sebenarnya dah lama hanyut dengan P dan I selama ni. sampai hampir setiap hari saya bergaduh dengan isteri saya. terlalu mencari duit sampai kelurga terabai. sehinggalah isteri saya yang ajak saya join course ni. (nasib baik si suami masih lagi sporting) dan rupa2nya saya dah banyak abaikan E dan S bagi keluarga saya. baru saya tersedar setelah hadir dlm kursus ni..." isk... terharunya aku kalau akulah isteri dia. rasa mcm berbaloi sangat kursus 2 hari ni untuk selamatkan sebuah keluarga.

dan sorang lagi peserta berkongsi pengalaman dia bagaimana dia berjaya menyedarkan suaminya betapa besarnya pahala bagi seorang suami yang menurunkan egonya dalam membantu isteri di rumah dengan menyatakan "abang nak tak kalau di beri pahala yang mudah..." Kata si suami "apa dia?".. jawab isteri "senang je.. ikut Sunnah Rasulullah, tolong bantu saya dirumah sebagaimana sunnah Rasulullah"... lepas si suami dengar langsung dia buat seperti saranan Rasullullah pada lelaki yang bergelar suami.... emm bagus betul la kan...

semalam kebetulan aku dengan radio IKIM, Ustaz Pahrol Mohd Juoi bercerita ttg PIES ni. dia bagi contoh la, cuba kalau kita tgk kuih bahulu. Orang yang tgk secara zahir (P), dia akan sekadar tgk je la kuih tu. dari segi bentuk dan sebagainya. bagi orang yang tgk secara ilmu (I) pulak dan dia mungkin seorang chef, melihat dari segi bahan atau cara untuk menghasilkan sebiji bahulu yang sedap ada resepi tertentu yang perlu diikut. bagi mereka yang melihat dengan hawa nafsu (E) akan melihat sebiji bahulu tu amat menyelerakan dan akan makan dengan lahapnya dan bagi mereka yang lihat bahulu dengan pandangan mata hati (S), dia akan mengalirkan air mata kerana teringatkan ibunya yang dek kerana hasil jualan bahulu buatan ibunyalah yang membuatkan dia telah menjadi seorang yang berjaya dan terkenal sekarang~ !!!

itulah serba sedikityang aku boleh kongsi pasal PIES...

Bagi slot untuk didikan anak oleh Wardina Safiyyah bayk sungguh input yang boleh kita dpt. Di antara kemahiran keibubapaan yang palig penting ialah komunikasi yang berkesan dengan anak-anak. perbezaan ibu bapa yang reaktif dan proaktif... bagi ibu bapa yang reaktif, bila anak2 membuat salah, kita terus menghukum atau bertindak mengikut rangsangan. Contohnya, bila anak kita panjat pagar, kita terus jerit supaya turun dan anak di beri sedas dua mungkin pelempang. tapi bagi ibu bapa yang proaktif, mereka akan 'divert'kan rangsangan mereka dengan melupakan anak tentang pagar tadi. contohnya: adam nak jadi bomba ye.. boleh tolong ambilkan ayah air tak, contohnya la kan....



dengan anak2 kita tidak boleh banyak menggunakan perkataan JANGAN dan TIDAK. sebaliknya jika terpaksa gunakan juga, maka haruslah diberitahu kesan akibat jika anak-anak membahayakan diri mereka.

antara checklist yang diberi:

* pastikan mata kita dan anak bertentangan. duduk di atas lutut supaya ketinggian kita serupa

* perhatikan bahasa badan anak anada. mungkin mereka sedang memberi isyarat melalui bahasa badan

* berikan 'tanda' anda sedang mendengar - angguk. berikan ekspresi muka atau berkata "emmm" &"ya"

* tunggulah sehingga anak anda selesai bercakap kemudian barulah anda bercakap dan memberi cadangan atau komen.

* berikan sepenuh perhatian. tinggalkan kerja dan telefon anda sebentar

* hormati perasaan mereka. mereka juga berhak marah dan sedih seperti kita. "adik sedih ye?' atau" mesti adik marah sebab cakap mcm tu"

* semak semula supaya anda tidak salah faham. "jadi maknanya adik.... betul ke?"

begitulah ceritanya.... byk lagi nak dikongsikan tapi tak sama kalau kita join kursus tu.... jadi kalau ada rezeki ambillah peluang berkorban sekadar melabur sedikit bagi mendapatkan ilmu yg banyak insyaAllah...

di akhir program setiap dari peserta kene beri 2 surat pada pasangan atau kawan2 yang ada dalam dewan tu dengan permulaan ayat TERIMA KASIH KERANA... aku of course la 1 bagi kat my hubby... dan 1 lagi bagi kat adik sebelah meja aku... masing2 dapat. bila instructor tanya siapa tak dpt, ada juga la 2-3 orang yg angkat tangan. lepas tu ditanya apa perasaan mereka yang tak dpt...

Ada sorang tu kata dia tak rasa apa2 pun bila tak dapat. alasan dia mudah je... sebab dia kata dia mmg suka memberi dari menerima... huishhhh bagus betul la ayat dia. ni lah maksud ustaz hasrizal, erti hidup pada memberi.... orang tak bagi pun kita boleh redho je sebab kita tak harap balasan dari orang. yang penting Allah tau keikhlasan kita...

Lastly, semua boleh buka surat masing2, dan aku amat terharu dengan ayat suamiku..

" KEPADA: ANIS SUHAILA KAMARUDDIN (MY WIFE)

TQ KERANA BELANJA JOIN SEMINAR NI. MULA2 MALAS NAK JOIN SBB INGAT NGARUT JE & DUK ANGGAP USTAZ2/PENCERAMAH BNI JUAL ILMU/ CEKIK DARAH (YURAN MAHAL). TAPI BILA DTG DGR, ALHAMDULILLAH BANYAK GAK MANFAATNYA/ INPUTNYA YG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN HIDUP KITA"

walaupun suami aku tak romantik dengan ayat2 surat ni, tapi rasa berbaloi pengorbanan yang aku buat... Moga mendapat manfaat dari semua ni...


Isnin, 11 Julai 2011

BERSIH 2.0

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

PEMIMPIN YANG BAIK, ADIL DAN BIJAKSANA AKAN MENERIMA APA JUGA 'NASIHAT'  DARI RAKYAT MAHUPUN DARI LAWANNYA...

PEMIMPIN PULAK NASIHATKAN KALAU NAK BERSUARA SILA GUNAKAN SALURAN YANG BETUL....

AKU NAK NAK TANYA 1 JE....

KALAU DAH MEDIA ELEKTRONIK, MEDIA MASSA DAN SEGALA MACAM DAH DISEKAT, YANG MANA SATU SALURAN YANG BETUL NAK DIGUNA TU?

HA! JADI AMBIL LA BUAH TANGAN DARI RAKYAT 1 MALAYSIA NI....

BERSIH 2.0

DAN ITU PUN DISEKAT JUGAK....

TUNGGU MASA NAK DIGULINGKAN AJE NAMPAKNYA PUAK2 NI....











Khamis, 26 Mei 2011

1 Pasukan, 1 Wawasan????? iye keeeee....????

Bismillahirahmanirrahim....

Awal tadi mmg rasa nak marah sangat tapi bila dah dimulakan dengan bismillah.... tiba2 hati jadi tenang.

Seperti biasa hari-hari keje aku mmg 'SEPATUTNYA' ada pengganti pegawai yang bertugas. jadual dah pun dibuat. Supaya masa 1 jam yang ada tu bolehlah kami di frontliner ni nak mengisi perut, solat dan sebagainya. pegawai pengganti bukanlah orang yang sama pun setiap hari... setiap bulan mungkin paling banyak orang tu kene ganti adalah 2 kali shj. kadang-kadang 1 kali je sebulan. tempoh masa adalah 1 jam shj.. tapi biasanya berlaku sebaliknya... tapi aku tak menafikan ada sahabat2 yang sangat memahami dan sanggup tolong cover. terima kasih buat mereka, hanya Allah shj yang dapat membalas jasa kalian.

Aku kalau setakat kawan2 tak boleh tolong takpe, mungkin ada kerja urgent yang diorang nak buat, aku pun faham kalau diorang jelaskan pada aku, tapi kalau dah kes siap main-mainkan aku lagi... mmg aku agak panas la.... aku bukan marah orang tak boleh tolong aku, tapi aku rasa mcm org bodoh plak kalau di buat main2 mcm ni...

aku tak nak mention cara 'mainan' diorang tu, tapi aku rasa agak tersentap juga la.... jadi biarlah, buatlah apa yang korang suka...

n please my friend, put yourself in someone else's shoes. aku harap aku tidak tersalah menilai korang... aku juga akan sentiasa memahami kesibukan korang...

sekian, terima kasih. wassalam

Jumaat, 20 Mei 2011

Saya Doakan Untuk Makcik je Ye....

Bismillahirahmanirrahim....

Lama sangat dah tak ke udara. mood kurang memberangsangkan... mcm2 nak cerita, tapi semua dh jadi sejarah... sejarah pun takpe asalkan masih diingatikan... yang buruk jadikan sempadan, yang baik dijadikan tauladan dan perlu diteruskan andainya ia baik... nnt2lah insyaAllah akan ku update.

tapi antara ceritanya 6,7 dan 8 Mei 2011 hari tu Ahmad Shuraim Abqori admitted kat DEMC. batuk dan nafas berbunyi kuat sangat. kene bagi nebulizer setiap 2 jam. mengamuk dia tak selesa. dah la kacau tidonya mana tak dia ngamuk hehehe.  ibu dan bapak kene bercuti di wad. termasuklah opahnya sekali berkampung kat sana.

baru tadi pulak cerita pasal 'amin' dlm doa. sorang pakcik ni tak mau langsung meng'amin'kan doa bila aku mendoakan untuk isterinya selepas bayar zakat. dia kata pada aku mungkin korang dah pertimbangkan perkara ni la kut... perkara ni maksud dia seorang perempuan membaca doa dan adakah lelaki perlu mengaminkan bacaan doa tersebut? isu nya di sini dia mengatakan aku sebagai imam yang membaca doa. perempuan tidak boleh menjadi imam kepada kaum lelaki... dan dengan sebab itu dia tidak boleh mengaminkan doa tersebut.....

tapi pada aku dalam bab aku baca doa sesudah isterinya membayar zakat, aku bukanlah menjadi imam pada isterinya...aku hanya mendoakan kesejahteraan untuk isteri dan keluarga serta hartanya. bermakna aku mendoakan untuk pakcik a.k.a suami makcik tu juga. adakah salah di sisi agama andai dia meng'amin'kan doa tersebut? doa yang aku tujukan untuk keluarganya. 

amin yang aku pernah dengar dari seorang ustaz dulu bermaksud "perkenankanlah".

jadi adakah salah jika seorang suami memohon "perkenan" pada Allah andai kata isterinya tolong mendoakan yang terbaik buat mereka????? lu pikir la sendiri beb...




Rabu, 12 Januari 2011

ERTI HIDUP PADA MEMBERI By Ustaz Hasrizal

Artikel ni saya petik dari blog Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali dengan abu saif. boleh dikatakan saya tak akan miss untuk membaca blog beliau yang penuh dengan pengajaran dan info yang boleh kita kaitkan dengan kehidupan. di bawah ini adalah salah satu artikel yang begitu berkait rapat dengan kehidupan peribadi saya. jadi izinkan di sini saya berkongsi dengan sahabat2 dan pembaca blog saya ya Ustaz.... 


Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.



Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.



Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.



Pergi bercuti sepuas hati.



Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.





“Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan.



“Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu.



“Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” kata si majikan.



Si tukang kayu serba salah.



Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.



Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.



Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.



Terpaksa.



Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.



Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.



Malang sekali.



Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batok di tangga.



“Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beriya-iya sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!” hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.



Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.



“Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan” kata si tukang kayu.



“Simpanlah kunci itu!” jawab si majikan.



“Kenapa tuan?” si tukang kayu kebingungan.



“Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini” kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.



Menggeletar tangan si tukang kayu.



Hatinya ditaufan rasa sesal.



“Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!” hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.



ERTI HIDUP PADA MEMBERI



Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!



“Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.



Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, “asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”



Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.



Hakikatnya kehidupan tidak begitu.



Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.



Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.



Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.







“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa' 17: 7]



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG