Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Isnin, 13 April 2009

YANG PERGI MENINGGALKAN KENANGAN... YANG TINGGAL MENUNGGU GILIRAN






JAM 10.00 PAGI tanggal 11 April 2009 aku menyibukkan diri bersiap nak menghantar abang aku yang berpeluang menunaikan umrah buat kali ke-2. malam tu kami sekeluarga berkumpul kat rumah aku yang dalam ladang menternak kelapa sawit tu. "dekat dengan KLIA"... kata abang aku yang masih bujang tapi bagi aku masih belum terlajak kalau dalam masa 2 tahun ni dia berusaha kuruskan badan heheheh.

dah rezeki dia kali ni kawan dia yang sponsor. entah apa jasa baik abang aku yang dikenang sampai kawan dia boleh sponsor pun aku tak berapa pasti.

alhamdulillah setelah hampir 3 jam di KLIA kami pun pulang ke ladang semula (ceh, dah macam lembu pulang ke kandang je). abang pun dah selamat masuk ke perut... perut flight. transit di karachi 2 jam katanya.

sebenarnya aku kesian kat abang aku. kat mana la agaknya pramugari2 tu bagi dia duduk. aku terbayangkan seat yang ada tu bukannya besar pun. dah sampai sana abang aku call. baru sampai jeddah katanya. Soalan pertama yang terpacul kat mulut aku, "awak dapat seat kat mana?" heheheheh. Soalan simpati dari seorang adik.... dia tak jawab n terus nak bercakap dengan mak aku. Dia cerita kat mak aku yang dia dapat duk kat muncung flight. Alhamdulillah selesa je katanya. aku lega. Bukan apa, masa dia pegi 1st time dengan arwah ayah, badan dia 3/4 dari badan dia skrg ni. kira ok ok je la masa 13 tahun yang lepas.

HUH.... bukan ini yang aku nak cerita sangat sebenarnya. aku memang sedikit terkilan pada hari tu. handphone yang ofis aku bagi baterinya plak dh K.O. aku rasa akulah antara orang-orang yang lambat dapat info.

CERITANYA MACAM NI... Sampai je rumah aku dah tak larat langsung. almaklumla parking dah la jauh kat KLIA tu. Penat membawa perut. Kaki pun dah lenguh2. apalagi!!!! tido tumpo la(maksudnya mati, bak kata oghang perak). dekat pukul 6 baru terjaga. Handphone yang satu lagi aku tak pandang langsung, yang ofis punya apatah lagi. selesai solat asar duk ngadap tv. selesai maghrib, baru nak jenguk HP. Ada 2 sms. dari abang dan kawan aku, kak azzu. Paling aku terkejut skali sms dari k azzu. bunyinya "kak rafidah baru sahaja meninggal sebentar tadi. Alfatihah..."

Ya Allah, betul ke apa yang aku baca ni!!!!???? Aku terus telefon kak azzu minta kepastian. Kak Rafidah telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 5.30++ hari tu. Sebab musabab denggi berdarah. Ni la yang aku terkilan. lepas maghrib baru aku tahu. Sedih sangat rasanya.

Sampai sekarang terngiang-ngiang lagi suara kak fidah bersembang dengan aku. tak silap aku dalam bulan lepas last call dari dia untuk aku kat ofis sepang mahukan kepastian berapa pemadam api yang ada. Bak kata kawan-kawan, dia memang suka senyum. Gelak apatah lagi. Orangnya memang baik sepanjang yang aku kenal. Betul la kan, kebanyakan orang baik-baik ni Allah ambil cepat sebab Allah sayang.

sebelum panggilan terakhir tu ada jugak dia call ofis sepang. tapi tak ingat pasal apa. Sebelum kami sama-sama letak telefon, aku bertanya khabar pada dia. Dia baru saja keguguran masa tu. Almaklumla, sama-sama pernah melalui dan merasa betapa sedihnya pengalaman tu. Macam-macam dia cerita kat aku pasal peristiwa sebelum keguguran tu... tapi kami sama-sama kembalikan semua tu pada "sang pencipta". Pasti ada hikmah disebalik kejadian.

" Takpelah anis, esok kita terus dapat anak kembar kan, Allah bagi lebih lagi" kami ketawa bersama-sama, mengharapkan apa yang belum pasti sambil berdoa di dalam hati moga termakbul apa yang dihajati. Itulah antara bait-bait kata dari dia yang aku masih teringat. Hikmahnya pada aku, kalaula sekarang arwah sudah punya anak, berganda lagi sedihnya. Mana anak yang masih perlukan belaian seorang ibu yang kini telah tiada.

Gambar kat atas mungkin adalah gambar terakhir Allahyarham. Masa tu dia join Karnival Sukan MAIS yang telah berlangsung seminggu sebelum arwah pergi. Kalau ikutkan masa tu orang kata (tak silap aku ada hadisnya) 40 hari sebelum meninggal, sudah bergelar mayat. Menurut kata bos arwah... seronok dia berkongsi kemenangan game carom yang dia sertai... wallahua'lam....

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"

Bila pulak giliran kita.. Hanya Allah sahaja yang tahu...

Al-Fatihah untuk Allahyarham Rafidah binti Abdul Aziz

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

emmm ingat semua bil... ingat kat arwah...