Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Sabtu, 23 Mei 2009

DARAH OH DARAH!!!! ADUHAI... SEHARIAN DI bANGI






Hari ahad minggu lepas, aku di arahkan oleh doktor untuk menjalankan serial blood sugar test- SBS... aduh... amik darah lagi.

nak tau kenapa???? check up dgn dr khamsiah yang lepas, bila dia tgk result MGTT (minum air gula la untuk test samada ada kencing manis ke tak) rupanya aku ada siiiiiiikiiiiiit kencing manis. bacaannye lebih 0.2. sepatutnya limit sampai 7.7 tapi aku 7.9. saje je aku g klinik swasta sebab air gulanya mcm rasa sprite. mujur aku tak mintak kat nurse tu tambah ais sikit. kalu gi kerajaan punya agaknya mau termuntah aku dek kerana kemanisan air gulanya yang melampau. tapi aku tak tau la kebenarannya. ni kawan2 n makcik aku yang berpengalaman la cerita.

sebelum ni aku ada tanya mak aku, masa dia mengandungkan kitaorang adik beradik dulu ada kencing manis tak. dia kata ada siiiiiikiiiiiit je. tu pun masa mengandungkan adik aku kut.

N at last, the same thing happened to me... mak aih, terkejut jugak. mana ada dalam sejarah keluarga aku ada penyakit ni. tapi kata orang, masa mengandung ni macam2 boleh terjadi.

so bermula la cerita bila dr kham suh aku buat SBS plak. aku sebenarnya ngeri bila bab nak amik darah ni. bukannye takut sangat tapi dek kerana urat aku ni jenis susah nak nampak. bila susah nak nampak, diorang tepuk2 la nak bagi nampak. jenuh dah genggam tangan tapi urat aku tak jugak muncul2. mula la diorang cari tempat lain. di godek2 urat aku sampai sakit dibuatnya. isk nak nangis dah tua. tahan je la

aku tau aku jenis camtu masa doktor nak amik sample darah aku masa aku accident tahun 2002. iaitu 7 tahun yang lepas. dia kata aku kene kuruskan badan. masa tu badan aku mmg 'sihat' sikit berbanding sekarang. tapi sampai sekarang aku tgk mmg susah nak amik sample darah aku. walaupun dah kurus hikhikhik.... (berbanding dulu la)

setahun lepas pun aku byk kali amik darah sebab aku penah 'SAKIT' - reumatoid arthritis. (menurut kata doktor la.... yang padahalnya sakit mistik. makan ubat doktor pun tak jadi apa)

BAB ni mmg panjang cerita. kalau aku teringin nak mengenang kisah duka aku dan berkongsi dengan korang, nanti nantila aku buat entry lain.

Berbalik semula ke bangi tadi....

aku kene puasa malam tu start jam 12.00 mlm. Pukul 7.55 pagi aku dah tercangak kat dalam Hopital Pakar An-Nur Bangi. hehehe 5 minit je pun tunggu. Serial tu korang tau apa maksudnya??? bersiri la. aku kene amik darah jam 8.00 pg (pre-breakfast) jam 12.00pm (pre-lunch) jam 6.00 pm (pre-dinner) and jam 10.00 pm (pre-bed). Setiap 2 jam sebelum amik darah aku tak boleh mentekedarah. STOP!!! kene puasa le. nasib baik hubby aku tak penaya aku. aku tak makan, dia pun tak makan. tima kasih abaaaaang.

start je nurse panggil nama aku, sikit berderau jugak la. masuk je dalam bilik tu aku tgk segala mcm alat diorg. tapi aku tak la pulak nampak jarum panjang tu. aku ingat amik darah macam MGTT, rupanya setakat jarum sebesar kepada pensel ditonyoh dan ditenggelam kat jari. aku rileks... nurse tu mencungkil keluar plak sedikit isi jari. diletakkan atas tray. aku rileks je lagi... sambil melihat isi jari aku kat atas tray. masa tu darah aku membuak-buak keluar dari jari. di tadah dek nurse tadi dengan plastik khas. lepas tu aku nampak seekor kucing dipanggil masuk oleh nurse yang lain. di tunjukkan isi jari aku tu.... kucing tu mula mengiau-ngiau sambil matanya menjeling aku. takkan la kucing plak yang jadi indicator dalam test ni, kata hati aku.

oh rupanya aku bermimpi di awal pagi... maklumla ngantuk2 dah bertolak dari sepang. ingat dekat ke rumah aku dengan klinik tu. jauh jugak la... hah...FUUUUUHHHH, lega betul aku. eleh setakat jarum yang besar kuman tu ditenggelam dalam jari aku yang tak sejauh mana, yang mengeluarkan darah suci aku tu, tak sedikit pun menggerunkan aku.

sebelum tu meh aku nak ajar sikit:

bacaan normal : 4.0 mmol/l - 6.0 mmol/l
bacaan abnormal : lebih 6.0 mmol/l

ni bukan aku memandai2 ye. ni dalam kertas tu dah tulis. tgk ar gambar kat atas.

nurse tu amik alat tu letak kat darah kat jari aku tu. kalau tak kluar, dipicitnya bagi kluar. bacaan pun appear kat alat apatah aku pun tak tau. 4.1... masih lagi dalam paras normal. ok lega tahap pertama (prebreakfast)

dah sudah tu aku syiok giler sebab dh boleh makan. kalu lambat makan aku dah mula nak muntah. angin la tu. suami aku kata aku ceroi.... (bahasa org utara lembik kut). ceroi tak ceroi, aku bukannye berlakon nak muntah, time ngandung ni mmg cukup sensitif tekak aku ni. ye la, aku tau la suami aku tu gurau je ngan aku. tapi kadang2 sensitif gak. ingat aku main2 ke, tak kesian kat bini ke.

lepas makan tak tau la plak nak ke mana. kedai plak banyak yang tutup. hari Ahad la katakan. kitaorang lepak kat masjid (dengan bahasa sopan beriktikaf) tapi nak solat dhuha dah tak boleh, diorang ada kursus haji kat situ. punya la ghamai orang. aku plak dah mengantuk. bayangkanla berapa jam duk kat masjid tu. sambil tu aku pasang2 telinga maklumat kursus. eiii tak sabor rasanya nak g haji. aku dah daftar dh dengan suami aku 2 bulan lepas tak silap aku. at least mesti ada simpanan rm1300.00 dalam tabung haji.

tau tak!!!kitaorang kene tahun 2025. mak aih, harap2 aku n suami sempat la tunaikan rukun Islam kita ni. umur aku dah 45 n suami aku 47. harap2 hidup n kuat lagi la kami. emmm... tapi kalu g awal pun duit pun bukannya cukup lagi. serahkan semua pada Allah. ajal maut tu semua kat tangan Allah. tapi orang kata kalau duit dah cukup, boleh buat rayuan nak gi awal kan....

lagi 2 jam pukul 12.00. aku kene puasa semula. aduh lapor gak le. aku dah boring. ajak la suami aku g pusing2 bangi. saje nak ngabiskan minyak keta. dalam kepala otak kau tengah memikir ke mana nak cari port untuk enam jam akan datang.

dalam kepala aku cuma ingat rumah pakcik aku kat sg ramal je. aku call dia. makcik aku kata ada kat rumah tapi kejap lagi diorang nak kluar gi kenduri kawin. "Datang je la, bibik ada, kami je kluar. buat macam rumah sendiri" ha itu la ayat aku nak dengar. Syukur dah ada tempat pembaringan 5 bintang... hehehe.

sebelum tu...lagi 15 min kul 12.00 aku ke An-Nur semula. nak jumpa nurse yang baik hati pagi tadi. "Pn Anis..." nama aku dipanggil dekat2 kul 12. masuk je... nurse lain la plak... kuciwa aku hehehe. NAK NURSE TADI GAK....!!!! ok bacaan pre lunch 4.1 jugak. alhamdulillah still normal stage. well, it's makan time... yahooo....

tapi aku makan tak selera kat kedai2 makan kat shell tu. tak sedap sangat. takpelah ada juga rezeki dari Allah untuk aku alhamdulillah.

kitaorang meneruskan perjalanan ke "hotel" 5 bintang kami hehehe. sampai rumah makcik aku, diorang dah kuar g kenduri. bibik menyambut kehadiran kami.

"Duduk la ya, nanti bibik buat air".. berdialek indonesia. "eh takyah la bik, kami baru lepas makan. bik teruskan je keje2 bibik" kata aku sambil memandang sofa yang empuk yang bakal dibuat tempat landing kami hehehe. "Takpe ke?" bibik tanya mohon kepastian. "betul bik, kami baru je sudah makan" dalam hati kata " cepatla bik gi sambung keje, tak sabor nak landing ni"... " ok la, bik g sambung keje ye"... "ha... ok bik" aku 'melompat2'.

suami mula dah nak menurunkan 'sayap' dia. dia pilih sofa panjang. sian dengan aku dia pun offer tukar tempat landing, dia nak amik yang pendek sikit. aku cakap takyah la. kat sofa panjang tu tak kene kipas sangat. hehehe.... sambil2 kitaorang nak terlena, kitaorang baca la majalah apa yang patut. biarla kami jadi orang berilmu sebelum tidur.

sesudah tu kami lena di ulit mimpi di tengahari....ZZZZZZZzzzzzzzzzz.....

"Assalamualaikum!!!!" aduh, makcik mana pulak nak jual barang ni...? kami terjaga dek pekikan salam makcik tadi. "abang tolong la tgkkan"... aku masih mamai lagi...

Suami aku bukak pintu " ye pakcik?" laaaa... pakcik rupanya. suaranya mcm makcik daaaa..."pakcik nak hantar kad jemputan kahwin ni.. rasanya ni rumah anak sedara pakcik kan?" aku cuma menjenguk dari sebalik tinted sliding door. "bila plak pakcik ni ada kene mengena darah daging dengan keluarga aku ek?" kata aku dalam hati. Sah pakcik ni salah rumah.

"ni ha nombor rumah anak sedara pakcik. pakcik rasa area ni la rumahnya. dulu pakcik dah datang"... sian pakcik ni, tengahari panas terik dia sanggup gi hantar kad jemputan. salah rumah pulak tu.

"Barapa nombor rumah anak sedara pakcik ye?" suami aku bertanya. "206 (agak2 yang aku dengar la). suami aku pun keluar rumah. dia jenguk kat luar pintu gate. "Rumah pakcik saya ni nombor 5, mungkin kat lorong sebelah sana rumah anak sedara pakcik tu" mmg sah la anggapan aku. dia salah rumah. Sian pakcik tu berpanas.

"oh ye ke, minta maaf la pakcik silap la ni"... "takpe pakcik"...kata suami aku.

Fuh.... mmg agak terganggu dengan ucapan salam pakcik tadi. sebab aku baru je nak terlena. jantung aku mmg berdegup laju. tapi takpelah, kesian pakcik tu. kitaorang bangun terus solat zohor. selesai solat aku ajak suami aku keluar. jam dh nak kul 3. tau g mana? cari makanan la apalagi. kang kul 4 dah nak kena pose. kang nak muntah lagi aku kelaparan.

kitaorang gi warta plak. kitaorang beli karipap segera yang digoreng tu je. lapik perut. jadilah. asyik makan je banyak plak penyakit yang lain. korang tau kan penyakit ni berpunca dari makanan. tu sebab nabi dah anjurkan makan cara baginda makan. makan masa lapor dan berenti sebelum kenyang. apa yang orang kita buat sekarang ni, selagi ada ruang dalam perut tuh, selagi tu sumbat. usah kata orang lain, aku pun sama.

bila dah sakit, doktor suh kawal makan. itu jangan makan, ini jangan makan. "habis tu nak makan apa doc?" tanya orang kaya pada doktor yang merawatnya... ye la, duit banyak tapi tak voleh nak makan sedap dah... bak kata Dato' Ismail Kamus dalam ceramahnya "makan kulit pau la" hehehehehe. amik kau. lawak sungguh.

(aduh lenguh dah jari2 menaip)

kat warta, sementara nak tunggu kul 6, aku cari baju ngandung lagi. setakat ni aku dah ada 4 helai je baju ngandung. jubah aku pun dah tak muat. camne ek? agak2 cukup ke sampai bulan ke-9 ni. dulu ada la gak jubah yang besar. skrg ni jubah pun dah sendat. emmm... untuk tidak membazir, ko basuh je la baju ko tu anis. lantak la orang nak kata asyik2 baju ngandung tu je untuk minggu tu. bukan lama sangat lagi. 3 bulan je. kali ni aku pilih warna ceria. aku ni jenis suka warna2 klasik, sampai aku pun dah naik bosan. emmm agaknya tu la yang orang yang tua dari aku pun panggil aku "KAKAK". agaknya gaya dan perwatakan aku yang menampakkan aku "MATANG" atau dalam erti kata lain nampak "TUA". sebenarnya diorang yang perasan diri diorang tu muda. hehehehehe...... ada ke makcik pun bahasakan diri dia kakak dengan aku, padahal aku rasa baya2 mak aku dah makcik tu. andaiannya ada 2:

1) makcik tu perasan dia muda
2) aku mmg nampak tua dari umur aku

(harap tuan-tuan/puan-puan dapat bersabar. cerita aku ni dah nak habis...)

lantak le muda ke tua, yang pasti hidup kita ni mana ada makin muda.... dracula je tak tua2. asyik makan darah je.... jadi muhasabah la diri kita balik. cukup tak amalan kat dunia untuk bekalan kat akhirat yang semestinya sesiapa yang beruntung hidup di syurga, pastinya hidup muda belia kekal jelita.

ha lagi 15 min kul 6. cepat2 kitaorang beredar dari warta menuju ke spital yang tak sampai 3 minit ke sana. sampai sana tak berapa mint lepas tu, nurse lain lak panggil aku masuk bilik rawatan tu. laaaa.... setiap kali amik darah aku dapat lain2 nurse ek. ok seperti biasa prosedurnya... nnnnnnnn for the 3rd result bacaannya ialah 4.8 mmol/l. paling tinggi setakat ini tapi still in normal stage. aku rasa karipap tadi tu la banyak gula hehehehe.... tapi it's ok. masih normal. ha time ni aku siap bergambar lagi. nak suh anak aku tgk bila dia besar nanti.

sesudah tu apa lagi.... g cari makan la. kang kul 8 nak kena pose lagi. time tu aku dapat call dari makcik aku. dia tanya aku kat mana n ajak aku lepak rumah dia. aku pun ok je. tapi atas sebab tak mau menyusahkan makcik aku dan aku pun jap lagi kene pose smula maka aku g jugak cari makan dengan suami aku.

dah kenyang, kitaorang g la rumah makcik sambil bawak buah tangan apa yang patut. Eh ada ke aku beli apa2? rasanya takde hehehehe. sampai rumah anak2 dia je ada. dia gi keluar dgn pakcik aku beli pampers untuk si kecik afiq (sepupu aku yang paling kecik wat setakat ni. bakal menjelang 2 orang lagi dari 2 orang pakcik aku dan anak2 diorang tu bakal menjadi bapak sedara/mak sedara kepada anak aku ni ha). sampai aku sendiri pun naik confuse. ini terjadi bila opah aku kawin muda. jadi adik beradik mak aku ada 10 orang. cicit opah aku yang sulung dah pun darjah 2.

balik je pakcik aku, dia g beli lauk untuk makan malam. aku cakap la pose. baru dia tringat aku kene pose. jadi diorang sekeluarga dgn suami aku la makan. makan lagi suami aku tu... baru je sejam yang lepas dia mentekedarah dengan aku. alasan dia, tak nak la mengecewakan tuan rumah... eh lupa plak, afiq pun pose dgn aku. cuma dia tak pose susu cap mak dia je hehehe.

dah selesai melepak, sembang2, solat semua, jam pun dh dekat kul 10. dah tak sabor2 aku nak balik. aku minta diri nak ke An-Nur semula. last test, pre-bed.

last punya nurse... lelaki. emmm nak wat camne. last reading 4.7 mmol/l. Alhamdulillah, normal lagi. aku keluar dengan gembiranya. harap2 la berpanjangan macam tu. dan sampai masanya nak bersalin nanti aku harap semuanya dilancar dan dipermudahkan oleh Allah. syukur alhamdulillah untuk perjalanan mencabar aku hari tu...

on the way nak balik aku dah menggeletar... LAPAR LA.... APA LAGI... singgah kedai beli satay 10 cucuk. jadila, aku 5 ketul, suami aku 5 ketul. dia pun dah kenyang makan sampai 3 round. pekena plak milo panas hujan2 tu...perghhhh....

jadi... itulah kisah cerita sehari suntuk di bangi.

Moral of the story.... jangan cari hospital yang jauh dari rumah nanti korang yang susah. aku takpe, dah bese heeheheehheeeeeh.....

Tiada ulasan: