
buah yang lebam

Salam semua...
Bismillahirrohmanirrohim...
Weekend 5 Julai 2009, aku dengan suami sertai antenatal class for the 1st time. kat An Nur kelas ni free. siap dapat goodie bag lagi. tak silap aku masa search for this class from internet aku terbaca yang DEMC shah alam charge RM100.00. Mana taknya, diorang buat kat concorde hotel. terlalu selesa la tempatnye.
tapi alhamdulillah, kelas yang disediakan oleh pihak An-Nur pun sangat kami berpuas hati. cuma terlalu mengejar masa. kelam kabut je tgk setiap presenter bagi talk. Class mula jam 8.45am dan berakhir jam 5.30pm. pagi2 lagi kami dah bertolak dari rumah iaitu jam 7.00am. mcm tu la adat org duk jauh.
TOPIK-TOPIK YANG DI HIGHLIGHT
1...Normal Labour & instrumantal Delivery (Vacumm/ Forceps)
2...Islamic Practices in Welcoming Newborn
3...Delivery without Pain
4...Care of Newborn Baby
5...Nutrition during Pregnancy
6...The Miracle of Stem cell
7...Importance of early Feeding, Common Challenges To Breast Feeding & Steps To Successful Feeding
8...Preparation For Labour, What To expect & Pain Management
9...Exercise During Pregnancy: Pelvic Floor exercise, Breathing, Exercise, Relaxation Exercise, Massage during Labour
10...Care of Mother Post Delivery
yang paling best masa pn jasmeen bagi talk untuk TOPIK NO 7. pandai je dia wat kelakar. pada aku topik tu sangat membantu. harap sangat dapat menyusukan anak aku yang bakal lahir ni sampai 2 tahun. di samping dapat merampingkan aku semula hehehe (ramping ke aku sebelum ni? aku pun dah lupa)
tapi paling aku tak leh lupa, bila sampai TOPIK NO.9. sampai hari ni kesan dia tak hilang lagi.
Midwife tu ajar la camne nak breathing masa tgh high contraction. dia suruh para isteri ni bersandar kat suami. jadi aku pun buat la seperti mana yang di suruh. suami aku plak terpaksa la menampung keberatan badan aku yang semakin memberat ni. hahahaha nasib la....
pada masa yang sama para isteri kena tutup mata. membayangkan contraction yang teruk tuh. (camne nak bayangkan, tak penah bersalin pun sebelum ni). apa yang midwife tu suruh kepada para bakal bapak ni korang nak tau!!!!???? dia suh cubit kat lemak yang ada kat lengan para ibu ni.
mula2 aku tak la sakit sangat. suami aku cubit mungkin biasa2 je. tapi bila midwife tu tgk muka aku cam takde apa2 kesan pun, tanpa aku sedari dia buat sign kat suami aku suh cubit kuat2. bila mimik muka aku penuh dengan muka menahan sakit sambil mengaplikasikan teknik menahan nafas yang dah di ajar, baru la midwife tu puas hati. sakit giler korang tau!!! sampai hati betul laki aku cubit sekuat hati dia.
Kesannya ni la dia. belum sampai rumah kedua belah lengan aku lebam biru campur ungu dan hitam. besar plak tu. aku menangis dalam hati je la... masa singgah rumah makcik aku nak tumpang solat, suami aku suruh aku minta minyak angin panas kat makcik aku. nampak la muka bersalah dia. dia tolong la sapukan. nasib baik la, kalau tak aku merajuk tak sudah la (eleh, kalo aku merajuk pun bukan penah dia pujuk pun)
peritnya ada la dalam 2 hari. dah 2 minggu pun tak hilang2 lagi. esoknya aku demam, sakit kepala. aku rasa sayu sangat sampai meleleh la gak air mata ni. masa suami aku hantar kat klinik dia tanya nape aku menangis. aku cakap sakit kepala la..... hehehe tapi sebenarnya lebam aku tu lagi sakit dari sakit kepala aku. malas la aku nak citer yang sebenar, kang suami aku kata aku koman plak.... hehehehehe....
emmm.... camne la sakit nak bersalin ni agaknya.... patutla ganjaran yang besar dari Allah menanti bagi ibu2 yang mengandung sampai bersalin sampai la dia nyusukan anaknya. syahid pulak bagi yang berjihad sampai habis nyawa semata2 untuk melahirkan anaknnya. aku doa moga Allah permudahkan la proses bersalin tu nanti.... ameen....
p/s: Sian kat mak aku masa bersalinkan aku dulu. terima kasih ye mak. Sayang mak dunia akhirat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan