Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khamis, 10 November 2011

cerai susu

Bismillahirrahmanirrahim,

Anak bertuah aku namanya Ahmad Shuraim Abqori bin Sahuri dah pun masuk 2 tahun 2 bulan sekarang ni.... masa puasa 2011 hari tu dia genap 2 tahun kalau ikut kalendar Hijrah sebab dia lahir 7 Ramadhan.

Dalam keadaan aku yang mcm ni, rasa dah tak larat nak menyusukan dia lagi. Memang sedang elok la tu dah masuk 2 tahun dan adik dlm rahim ibu ni pun makin membesar. ibu pulak sampai sekarang (msuk 6 bulan) masih lagi muntah2 walaupun tak seteruk masa trimester pertama. Adoila... tapi seharusnya bersyukur pada Allah. astaghfirullah... jgn duk mengeluh je..

Aku nak berkongsi cerita la pasal anak teruna aku yg sorang ni... masa percubaan menceraikan 'kawan' baik dia tu cukup la menguji... sebelum aku amik keputusan tu, ceritanya si budak bertuah ni setiap kali aku balik keje, 'kawan' dia tu la yg dia mintak dulu. penat wehhhh... dah la jauh aku drive balik keje. belum sempat lagi aku duduk dia dah minta nak jumpa 'kawan' dia tu. ayat dia "ibu! nak nek"... disebabkan anak maka kesiannye tu mmg lebih la kan... kalu korang pun tak sampai hati kalau tak bagi jumpa 'kawan' diorang tu kan.

suami aku bising suh aku letak la apa yg patut.

1st)       aku try buh asam jawa... mmg mula2 dia geli..."eiii... nek ibu tatam" : maksud dia 'kawan' dia tu masam. sape suh rasa. aku gelakkan je.. biorkan dia hahaha.... lepas sekali dua di siang hari tu mmg dia tak mau. tapi bila malam je asam jawa tu  luruh... dia peduli apa... mata dah pejam tapi mulut tetap nak melekat jugak.. adoila. setiap kali nak menyusu cpt2 aku mintak suami bancuhkan susu. Sebenarnya anak aku ni dari umur dia 3 bulan dah bercampur susu formula. aku tak larat nak mengepam. pemalas. bukan apa, sikit dptnya jadi aku jadi lemah semangat. jadi dua2 berjalan sama. Ahmad sangat suka melekap dengan aku dan mmg niat aku menyusukan dia sampai 2 tahun pun... dlm proses bercerai susu ni, setiap kali pergi jalan2 mmg aku dah sedia asam jawa dlm kereta. dia ni pantang, kalau ngantuk mula la dia mencari kawan dia tu. aku naik lenguh dah. kaki dah panjang. duk terjulur je atas riba aku. mula2 mmg dia tak mau la kalau ada asam jawa tu, pastu... ada aku kesah katanya... maka tak jalan jugak

2nd)      kopi plak jadi mangsa. dah naik surut stok kopi kat rumah tu.. ni aku dapat petua dari sepupu aku. sekali je dia tunjuk kat anak dia yang sebaya dgn ahmad pastu anak dia terus tak mau dah. ahmad? emm tetap tak jalan

3rd)      masa bersembang dgn kakak sedara aku pasal hal bercerai susu ni dia kata dia guna minyak cap kapak. masa tu anak dia dah masuk 3 tahun dah tapi still lagi bergayut. ha aku pun try la buat kali ke-3 kut mana tau berkesan. masa ku guna kaedah ni mmg mengamuk sakan je si ahmad shuraim abqori setiap malam. siang hari dia jadi mcm tak tentu hala. tidur tak lena. makan tak selera. maklumla nak bercerai dengan kawan baik dia. biasanya keaadaan mcm tu orang baru nak bercinta, tapi ni terjadi bila orang nak bercerai hehehe.... sian pulak aku tgk dia. malam je bila dia nak melekap, cpt2 aku dekatkan botol minyak cap kapak dengan dia. mengamuk dia marah. ada sekali tu mungkin termasuk jugak dlm mulut dia lagi la dia marah. sian pulak dia. tapi nak buat mcm mana. aku dah tak larat. aku pujuk n tepuk2 dia bagi tidur dan alhamdulillah sekejap je dia menangis lepas tu sambung tidur semula.

dan Alhamdulillah akhirnya percubaan dalam lebih 2 bulan melalui semua proses2 di atas akhirnya dia dah takmo dah dengan kawan dia tu.... setiap kali dia nak je aku tunjuk botol minyak cap kapak tu. dia akan cakap " mak mau".. maksudnya "tak mau" la tu. dia mmg tak suka bau myk cap kapak tu. dah pernah masuk mulut dia dah pun. pedas katanya. sian weh bukan tak sian... sedih pun ada. kene kuat semangat nih. tapi untuk dia bagi lena tidur terpaksa la dipujuk tidur dalam buaian. kalau tak selagi tu la dia tak mau tidur kerana selama ni dia akan lena kalau berjumpa dengan 'kawan' dia tu....

setiap kali nak dihenjut boyan, dia pasti bagi cadangan untuk dinyanyikan lagu "dinden.. dinden"... "bu! dinden....dinden"... aku geram gak sebab aku nak berselawat, bernasyid bagai, tapi takpelah, nyanyikan la dulu pastu silih berganti la dengan selawat bagai.

oh ye, mesti korang tertanya2 apa benda lagu "dinden dinden" tu.... dia suh aku, bapaknya atau opahnya nyanyi lagu twinkle twinkle little star.... dinden dinden tu maknanya twinkle twinkle...versi macam2 plak tu... versi kambing, kucing, lembu dan pelbagai lagi haiwan la. buatla suara kambing dengan rythm twinkle2 little star... jenuh2... ni semua pengaruh kartun timmy time la ni.

walaupun terpaksa bercampur susu tapi aku bersyukur dapat menyusukan ahmad shuraim sehingga 2 tahun. semoga anak ibu jadi anak yang soleh, taat kpd Allah, ibu dan bapak, jadi seorang yang bijak pandai dan beramal soleh, berjaya dunia akhirat ye anakku.... 

IBU SAYANG AHMAD....

6 ulasan:

Ibuhani berkata...

baca entry ni teringat anak bongsu k.ani, Nana. Nana pn minum susu ibu 100% sampai umur 2 tahun setengah. .......hehehe...mesti mula2 kesian tgk Ahmad nak pisah dgn kawan dia tu ye...... :)))

aNiSaHuRi berkata...

kesian sangat kak. nak nangis pun ada. tapi nak buat mcm mana, ibunya dah sarat hehehe...

Ana Suzana berkata...

ana lom berjaya lg pisahkan.. ica dah 2 thn stgh.. huhuhu

aNiSaHuRi berkata...

takpe ana, dia blom nak dpt adik lagi.... akak ni sbb dah sarat, tu yg tak larat dah tu...

yana halim berkata...

sekarang Qisya baru setahun 5 bulan. Risau jugak nanti nak ceraikan dia dgn 'kawan' dia tu...hehe.

aNiSaHuRi berkata...

yana halim: selagi tak bercadang nak bagi adik kat dia lagi, jgn coba2 mau ceraikan kawan baik dia tu hehehe