Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Selasa, 29 Julai 2008

pengajaran hari ini...














kadang-kadang

membuatkan aku terfikir, siapa yang patut terlebih ajar dan yang patut kurang ajar.

aku sebagai frontliner merangkap 'pengurus cawangan'( hehehe) kat sini mcm2 kerenah manusia yang aku boleh jumpa... yang baik hati, yang tenang, yang pendiam, yang peramah, pemarah, bengis, yang buat muka kesian, yang naik menyampah dan meluat sampai nak termuntah pun ada dibuatnya... pendek kata semua ada.... kalu nak kenal perangai org jadilah frontliner atau marketer atau apa2 sahaja kerje yang selalu berhadapan dengan pelbagai ragam manusia.

sampai kadang2 aku terfikir nak sambung belajar lagi dalam psikologi manusia plak.. master in psychology... emm memang ada kene mengena dengan keje aku skrg ni...

mungkin melalui itu aku boleh belajar bagaimana nak kawal individu tertentu dan yang paling penting mengawal diri aku yang menjadi imej pada organisasi aku bekerja. TAPI!!! belajarla tinggi mana pun kalau dh iman dan amal tak setinggi mana, dicampur plak dengan hidup yang tak pernah diajar adap sopan... tak guna juga... tapi walau apa pun ilmu wajib di cari

Tadi geram sangat rasanya bila org yang nak mohon bantuan tapi dia pulak yang marah-marah. Puncanya ada satu dokumen sokongan yang dia tak lampirkan. Aku cakap paling lemah lembut dan sopan kat dunia ni (rasanya la) pada pakcik tu… dengan suami aku sendiri pun aku tak sesopan itu.(nak bemanja tu lain citer la)…Bukannya apa, Aku minta cuma satu je lagi dokumen sokongan, bukan susah sangat. Itu pun sebab aku ikut prosedur. Kalu tak ikut prosedur dh lama dah aku amik je borang tu. Borang kosong pun tak pe eh… janji ada nama dan IC anak dia… NAK KE CAMTU PAKCIK!!! DAPAT TAK DAPAT TU LAIN CITER, JANJI HANTAR KAN PAKCIK…. Emm.. Eksyen btol dengan cara dia cakap yang anak dia dh 3 org masuk U. “dulu saya minta bantuan tak teruk macam cik ni pun!!!! (dia tak tau aku dah kawin) Hah!!!! Aku kene marah!!!! mak aku pun ada anak masuk U pun takdenye nak eksyen cakap mcm tu. At last aku terima jugak borang dia. Jadinya pada pakcik tu aku nak cakap… “sendiri buat sendiri tanggung la ek…”.

Tapi ye la kan… aku tak salahkan dia untuk berbangga2… uih.. bukan senang oooo nak tanggung anak blaja masuk U ni… (moga anak2 aku nanti pandai2, cerdik, bijak2, sopan-santun, berhemah tinggi dan paling penting menjadi hamba Allah yang soleh/ solehah yang berjaya dunia akhirat)

Mungkin ada org yang akan menentang pendapat aku dan ada juga yang menyokong pendapat aku.

Analoginya, lumrah kehidupan kita sebagai hamba Allah, dengan sape lagi kita nak minta pertolongan kalau tak hanya Dia yang Esa… TAPI!!!! dengan cara macam mana? Adabnya? Marah-marah ke? Menjerit-jerit ke? Mesti la kita merayu. Berdoa siang malam penuh khusyuk, memohon doa kita dimakbulkan. Menangis dengan penuh rasa diri sebagai hambaNya.. kita mohon semoga apa yang diperkenankan dimakbul olehNya. Dah nama pun nak mohon pertolongan, adatnya si pemohon la yang merayu.. betul tak.. syarat2nya pulak kene la ikut, kalu nak mohon pada Allah tapi sembahyang pun tak cukup waktu MACAM MANA!!!!!!

Tapi ye la… kita tak boleh la samakan permohonan kita pada Maha Pencipta dengan permohonan kita sesama makhluk ni… TAPI!!!! Kita ni diajar dek mak bapak kita dan tak cukup dengan itu dek cikgu2 tadika dan sekolah… HIDUP KITA BIARLAH BERADAP SUPAYA MATI KITA DIINGAT. Kalau org tu mati dengan dikenali ramai semasa hayatnya seorg yang beradap pada pencipta dan sesama makhluknya, maka perangai baiknya pasti disebut2 selamanya. Namun bagi mereka yang berperangai buruk, macam tu jugalah disebut2 sampai bila2. kdg2 7 keturunan pun belum tentu habis.

Paling nak tergelak pun ada dengan sikit2 ketidakprofesionalan diri aku ni… kuar je dia dari pejabat aku… nak tau aku buat apa? Aku jelir lidah kat dia hehehe… tapi dia tak nampak la kan.. ish… dulu mak dah ajar jgn wat mcm tu.. nanti Allah potong lidah… dulu masa kecik2 memang aku takut nak jelir lidah. Aku pun manusia biasa, kdg2 tak boleh lari dari dosa. Lepas tu baru kita tersedar yang kita dah tak beradap rupanya Astaghfirullahal azim….


Bersujud kepada Allah, Bersyukur sepanjang waktu…..

Tiada ulasan: