Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Selasa, 24 Februari 2009

Alhamdulillah... cukup dah 3 bulan

Risau... Gembira... bercampur baur perasaan aku...

Itulah yang dapat aku katakan setelah 7 bulan aku menanti selepas keguguran anak pertama hujung bulan 4 tahun lepas. takkan aku lupa, betul2 lepas aku meraikan hari tua aku yang ke-28 bersama sanak saudara (kebetulan kami baru balik dari kenduri kahwin sepupu aku dan kami semua berkumpul di rumah pakcik aku di sg ramal) dan kandungan aku masa tu dah masuk 2 bulan lebih...

sedih sangat-masa tu. nak menunggu dia pun amik masa setahun (bersyukurla berbanding org lain yang berbelas tahun tak dapat anak lagi kesian) Tapi aku berbalik semula pada Yang Maha Pencipta. adalah hikmah yang dia nak aku tahu tu...

Seperti yang aku katakan tadi, bercampur baur perasaan aku.... tapi aku baru sahaja melepasi peringkat lega dari perasaan tu. org kata tempoh 1st trimester ni tempoh berjaga2. rapuh... especially yang pernah ada history miscarriage mcm aku...

menceritakan detik pertemuan aku dengan doktor untuk pertama kali bagi kandungan ke-2 ni, doktor plak yang excited ingat ubat clomid yang dibagi tu menjadi. padahal 2 kali je aku amik n then aku stop atas nasihat doktor pakar yang lain. dan nak dijadikan rezeki dari Allah, sebulan selepas tu barulah terjadinya proses penciptaan Allah pada makhluknya yang bakal menjadi salah seorang khalifah di muka bumi ini. punya la doktor kuciwa hehehe... tapi dia tumpang bersyukur la sebab dah jadi.

terus dia bagi ubat-ubat yang agak banyak la kat aku. setiap kali jumpa, setiap kali nak balik la belakang aku ni sakit. nak duduk apatah lagi. naik keras dah tempat dicucuknya. di baginya aku hormon progesteron. doktor kata oil base mmg sakit sikit. fungsinya... entah aku pun dah lupa. lebih kurang berkenaan dengan darah jugak la.

last week aku appointment dgn doc lagi... alhamdulillah masuk dah bulan ke-3. rupanya Allah dah tiup nyawa dah kat baby aku... bersyukur sangat rasanya tgk dia dh mula bergerak... tak tau la nak ckp bestnya mcm mana. doc kata tak perlu injection dah. Fuhhh... lega... muahahahaha ahah ahah ahah.... kalau tak mesti tak empuk dah..

Ada ketika, aku memikirkan empat perkara yang Allah akan catatkan untuk anak aku. rezeki dia, umur dia,amalan dia dan samada husnulkhatimah (alhamdulillah)/ suul khatimah (nauzubillah)

moga-moga Allah catatkan yang terbaik untuk babyku di dunia & akhirat.... aku YAKIN DENGAN ALLAH....

"YA Allah, peliharalah anakku dalam kandunganku ini, engkau sembuhkanlah segala penyakit kerana engkaulah penyembuh dan engkaulah penawarnya. Ya Allah, jadikanlah kelahirannya mudah dan sejahtera. Jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal, berilmu dunia akhirat, berakhlak mulia dan beramal soleh. Perelokkanlah akhlaknya, merdukanlah suaranya dan fasihkanlah lidahnya untuk membaca ayat a-Quranmu dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w"

*** ketika catatan ini diterbitkan, alhamdulillah kandungan sudah pun masuk 4 bulan (16/3/2009)

Tiada ulasan: