Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Selasa, 28 Julai 2009

"Selamat Pengantin Baru"

pengantin berkurun lama

Minggu lepas sepupu aku kahwin. aku mmg tak dapat datang masa nikah diorang. sorry ye Adil & Shida. Kak Anis dah tak larat jalan jauh2 tambah2 lagi majlis buat waktu malam. walaupun hanya area Kelana Jaya je rumah pengantin tapi jauh gak la dari Sepang.

kenduri sebelah perempuan (hari sabtu) pun aku tak pergi. Aku kene kerja dan lepas tu kene g pregnancy check up. Biasanya dah hujung2 waktu ada la pengganti aku untuk kerja sebab diorang kesian gak la kat aku dah terkedek2 berjalan sekarang ni. tapi disebabkan semuanya tak dapat, so terpaksa jugalah aku merelakan diri. alhamdulillah takde apa2 kes (takut gak tetiba time aku kat ofis sorang2 anak aku nak kluar)

Hari Ahad esoknya aku tetap gagahkan diri (ceh mcm la teruk beno bawak perut tu) ke majlis kenduri sepupu aku yang berlangsung kat SIME DARBY CONVENTION CENTER.




pemandangan atas dalam dewan. kang aku kutuk marah plak laki aku dah dia orang sime darby



pemandangan dalam dewan



pelamin


Anak pakcik aku yang sorang ni mmg seorang yang down to earth sikit. kalau ikutkan majlis anak2 pakcik aku yang lepas mmg confirm buat kat hotel. rasanya ni mmg permintaan sepupu aku nak wat kat situ je. dalam ucapan pakcik aku tu, dia kata majlis resepsi anak dia kali ni cukup sederhana (pada dia la sederhana). Mana taknya, biasa kalau kerabat diraja turun, majlis kenduri mesti wat kat hotel kan.
Dan majlis berkonsepkan Islamic & Malay traditional tu adalah permintaan Adil sendiri. Pelaminnya cukup simple but nice. Itu pun pada agakan aku la, kalau boleh dia tak mau naik pelamin hehehe (memandai je). Kumpulan Rabbani menjadi pilihan dia untuk halwa telinga di hari bahagia dan jugak Muadz anak Dr Zulkifly ahli parlimen (area mana aku pun tak ingat)



pakcik aku tengah berucap



muadz & nasyeed.com


VIP yang turut meraikan majlis hari ahad tu antaranya yang aku nampak, YM Raja Dr Nazrin Shah dan isterinya YM Tuanku Zara Salim Davidson (sempat gak la bersalaman dengan bakal pengganti permaisuri Perak ni), Rafidah Aziz dan suami, Hamid Albar dan isteri, pastu kerabat diraja negeri sembilan yang dulu. Mula2 aku tertanya2 gak kenapa Rafidah Aziz ada sekali? Rasanya sebab dia bekas lecturer pakcik aku... tapi... tapi.. oh ye... suaminya tu seangkatan dengan pakcik aku masa dia berkhidmat di Maybank dolu.




Raja Nazrin & Tunku Zara bersalaman dengan tetamu




Serba sikit tentang pengantin... Adil dah jadi IT consultant sekarang ni. dan isterinya Norshahida Wati ni aku tak pasti pulak kerja apa. tapi dia sekarang bertugas di PNB. Adil graduated dari Uni. Nottingham Malaysia dan Shida dari Warwick University, UK. Macam mana diorang berkenalan, itu aku tak interview plak .
Pada hemah aku shida seorang wanita yang baik. Tudung nya agak labuh mcm aku dolu2 (sekarang aku ikut mood hehehe). kakinya pun dibaluti dengan stokin (mcm aku dolu2 gak). Isk segan plak aku, dulu aku boleh je mcm tu, tapi sekarang on off. Teruk betul la.... sepatutnya makin baik, aku makin teruk....

Alhamdulillah pilihan Adil direstui oleh mak bapaknya. To Shida... welcome to Shahuddin's family (nama atok aku le tu).... Moga perkahwinan kalian dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah, berkekalan bahagia sehingga ke akhirat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.



Adil & Shida

Selamat Pengantin Baru




Selamat Pengantin Lama untuk aku n hubby hehehe. tembamnye aku. ni tggu hari je ni

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

testingge

Tanpa Nama berkata...

testing juge..kome punya blog ni aku post jer dia kuar 'we are sorry...bla bla.'..semoga berjaya meng 'push' dgn normal..nanti kalo kome berjaya aku tabik spring kat ko anis!

anyah berkata...

baru jumpe blog k.anis nih..

moh le visit me @: anaaisyah.wordpress.com or produkavail.blogspot.com

anyah berkata...

ups..blog yg k2 tu salah url. betulnya: produkavailbeauty.blogspot.com